Artikel

Mekanisme Pampasan Buat Mangsa, Waris Kemalangan Jalan Raya – Kini Diteliti

Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang mencadangkan pindaan kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi memperkenalkan mekanisme pampasan untuk mangsa atau waris sah mereka dalam kes kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kematian atau kecederaan parah.

Matlamat ini jelas Kementerian Pengangkutan (MOT) pada sidang Parlimen hari ini, mahkamah akan diberi kuasa untuk mengarahkan pesalah yang disabitkan dengan kesalahan serius di bawah akta berkenaan untuk membayar sejumlah pampasan kepada mangsa atau waris mereka berdasarkan fakta dan merit setiap kes.

Pengenaan itu akan didasari berlandaskan tahap keseriusan kecederaan, kerugian yang dialami serta kemampuan pesalah.

Usaha ini mencerminkan komitmen kerajaan bahawa pemandu yang menyebabkan kecederaan serius atau kematian melalui pemanduan berbahaya dan perlumbaan haram – tidak akan dilayan sebagai pesalah trafik biasa. Sebaliknya, mereka akan berdepan tindakan undang-undang paling berat yang setimpal dengan keadaan kes.