Sekiranya operasi gagal melandaikan kos semasa berbanding pesaing pasaran yang lain – Volkswagen kini miliki pertimbangan untuk mengurangkan sehingga 50,000 lagi pekerjaan di bawah jenamanya pada pasaran dunia.
Ini secara tidak langsung mengesahkan buat kali pertama bahawa pengeluar kenderaan itu sedang merancang untuk mengurangkan sehingga 100,000 jawatan.
Mengikut laporan memo dalaman kumpulan, Volkswagen ketika ini merekodkan kos tenaga pentadbiran dan sokongan dilihat 20% lebih mahal berbanding jenama pengeluar setanding yang lain. Persekitaran ini berpotensi menuntut pengurangan tenaga pekerjanya di pasaran semasa. Namun perancangan itu mungkin lebih rendah daripada apa yang dianggarkan jika terdapat alternatif pengurangan kos operasi yang dapat dilaksanakan.
Pengurangan tenaga kerja ini untuk makluman telahpun dirancang sebelum ini dengan pengurangan 50,000 pekerjaan melibatkan operasi di bawah jenama Volkswagen, Audi dan beberapa jenama lain menjelang 2030.