Hasil kerjasama strategik antara Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) dan Sanjung Etika Sdn Bhd – tidak lama lagi Sarawak bakal miliki kilang Gardenia pertama di pasaran negeri tersebut.
Kesepakatan yang dicapai menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) kedua pihak ini mengikut laporan SabahNews akan melibatkan nilai pelaburan sebanyak RM30 juta bersama keluasan tanah kilang 7.56 ekar daripada Kerajaan Negeri Sarawak.
Menariknya pelaburan ini tidak sekadar mempelbagaikan lagi dinamik peruncitan ekonomi negeri tetapi turut membuka sekitar 500 peluang pekerjaan baharu di Sarawak. Setakat ini tiada garis masa yang spesifik berhubung pembangunan kilang dinyatakan, namun dijangka akan dikongsikan tidak lama lagi.