Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) kini mencadangkan pentadbiran untuk laksana pindaan menyeluruh kepada Akta Hak Cipta 1987 bagi meningkatkan tahap perlindungan ke atas kumpulan pencipta kandungan tempatan.
Usul yang diterbitkan menerusi dokumen konsultasi awam ini dilihat selari dengan perkembangan penggunaan akses kecerdasan buatan (AI) yang dilihat terus meningkat tanpa kawalan menjadikan aktiviti laman cetak rompak atas talian kini semakin rancak.
Sewajarnya pencipta kandungan meraih bayaran adil sekiranya karya mereka digunakan bagi tujuan pembangunan AI, yang sekali gus membendung amalan cetak rompak digital. Selain keperluan pindaan menyeluruh akta tersebut, MyIPO turut mencadangkan pelaksanaan rangka kerja undang-undang untuk bahan berhak cipta seperti buku, akhbar, majalah, gambar dan filem yang pemiliknya tidak dapat dikesan. Disusuli perintah injuksi yang membolehkan mahkamah menyekat laman web yang memanipulasi karya menerusi satu perintah tanpa perlu difailkan tindakan sama pada setiap laman yang dikenalpasti.