Pos Malaysia hari ini secara rasminya melancarkan platform simpanan emas digital patuh syariah, Pos ArRahnu Gold-i pada perkhidmatan mereka – dengan sasaran sehingga 70,000 pengguna bagi tahun pertama perkhidmatan.
Sasaran itu didasari akan permintaan emas yang kekal tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia.
Berdasarkan pelancaran hasi kerjasama Pos Malaysia dan Go Capital Growth ini, platform tersebut membolehkan para pengguna memulakan simpanan dan pelaburan emas dengan nilai serendah RM10 – secara langsung menjadikan ia medium yang mudah diakses dan mengalakkan tabiat simpanan emas pada pasaran semasa.
Selain tindakan pelaburan, para pengguna turut boleh menjual dan menguruskan pegangan emasa secara digital disusuli boleh menukar emas digital kepada emas fizikal atau wang tunai mengikut keperluan pengguna berdasarkan harga pasaran masa nyata. Maka untuk ketahui lanjut semua pihak boleh layari pautan Pos ArRahnu Gold-i untuk perincian seterusnya.