Artikel

CIMB: Pembelian Guna Kad Debit Akan Tergendala Seketika Pada 18 Julai Ini

Selari dengan langkah penyelenggaraan sistem perkhidmatan perbankan secara berkala – CIMB Bank kini memaklumkan pembelian menggunakan kad debit CIMB akan tergendala seketika pada 18 Julai kelak. Iaitu bermula jam 12 tengah pagi hingga jam 5 pagi.

Makluman notis CIMB Bank ini, bermakna dalam tempoh tersebut para pengguna tidak boleh melaksanakan sebarang pembelian di premis fizikal dan atas talian menggunakan kad debit CIMB.

Maka untuk mengelakkan berlakunya sebarang gangguan, semua pemegang kad debit CIMB diminta peka akan tempoh penyelenggaraan yang terlibat dan merancang transaksi kad debit anda dengan tindakan pembayaran lebih awal.