Artikel

Caruman LINDUNG 24 Jam Tidak Wajib – Dilaksana Sukarela Berkuat Kuasa Serta-Merta

Seperti yang umum ketahui bermula 1 Jun lalu, sekitar 9 juta pekerja formal secara automatik dilindungi Skim LINDUNG 24 Jam – iaitu sebuah caruman baharu yang menyediakan perlindungan sepanjang masa buat pekerja Malaysia.

Namun hasil pemantauan pentadbiran negara dengan mengambilkira hak pekerja, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pada sidang hari ini memaklumkan caruman LINDUNG 24 Jam tidak lagi mandatori. Ini bermakna ia akan dilaksanakan secara sukarela berkuat kuasa serta-merta.

Secara menyeluruh untuk fasa pertama Skim LINDUNG 24 Jam ini – caruman yang dikenakan ke atas gaji pekerja adalah sekitar 0.75%. Namun setelah 3 tahun, kadar caruman ini akan meningkat kepada 1% (fasa kedua) bermula 1 Jun 2028 – 31 Mei 2031 dan fasa ketiga kadar naik kepada 1.25% bermula 1 Jun 2031.