Aktiviti perlombongan mata wang kripto di Malaysia dilihat terus aktif di pasaran semasa. Berdasarkan rekod sebanyak 75,578 mesin perlombongan kripto haram telah dirampas sejak 2022 sehingga Mei lalu.
Rekod ini untuk makluman hasil 3,049 serbuan yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tempoh tersebut.
Data Kementerian Dalam Negeri (KDN) ini turut menjelaskan, penguatkuasaan tersebut mendapat sokongan bersama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Suruhanjaya Tenaga (ST) dan pihak berkuasa tempatan. Melihat pada pemerkasaan semasa, pihaknya optimis aktiviti perlombongan kripto haram dapat dibanteras sepenuhnya di pasaran hadapan. Sebagai perincian, aktiviti ini dilihat telah membawa kerugian yang tinggi kepada Malaysia – setakat Ogos 2025, jumlah kerugian yang dicatatkan sejak 2020 oleh TNB adalah sekitar RM4.57 bilion.
Kerugian ini akibat penggunaan tenaga elektrik secara haram pada premis yang menjalankan aktiviti melombong mata wang kripto terutamanya Bitcoin di pasaran Malaysia. Maka dengan penguatkuasaan secara berkala, langkah strategik itu turut melandaikan nilai kerugian penggunaan tenaga elektrik negara.