Artikel

Sime Darby Property Beli Wisma UNIRAZAK Daripada PNB – Pada Nilai RM160 Juta

Bagi mengukuhkan lagi perkembangan aset kumpulan dan penyertaan pada pasaran Pusat Bandar Kuala Lumpur (KLCC), Sime Darby Property kini bertindak membeli Wisma Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) daripada Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada nilai RM160 juta.

Tapak hartanah seluas 0.59 hektar ini menurut makluman kepada Bursa Malaysia – akan dibangunkan semula sebagai infrastruktur premium yang dijangka memiliki anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sekitar RM900 juta.

Pembangunan ini disasarkan dapat dilancarkan pada 2028 kelak dan dijangka siap dalam tempoh 5 tahun dari tarikh pelancaran diumumkan. Dengan kedudukan strategik di bandar utama, Sime Darby Property optimis unit hartanah ini berupaya memberi nilai jangka panjang yang positif kepada kumpulan dan menghasilkan peluang pelaburan yang tinggi.