Bersama pendekatan whole of government, Kementerian Kesihatan (KKM) kini menyasarkan menamatkan isu lantikan doktor secara kontrak menjelang 2028 dengan menawarkan jawatan tetap kepada semua pegawai perubatan siswazah setelah kumpulan ini menamatkan latihan siswazah.
Usaha pembaharuan yang sedang dilaksanakan itu dilihat mula menunjukkan hasil dalam menangani isu berpanjangan berkaitan pengurusan tenaga kerja di KKM.
Berdasarkan rekod, tahun ini memperlihatkan seramai 4,500 pegawai perubatan kontrak akan diserap ke jawatan tetap, diikuti 800 jawatan baharu yang diluluskan setiap tahun. Komitmen ini selari dengan matlamat KKM untuk mengisi lebih 18,000 kekosongan jawatan merentasi semua skim perkhidmatan kementerian sepanjang tahun 2026.