Jabatan Perangkaan (DOSM) hari ini secara rasminya memperkenalkan Kalkulator Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) buat keperluan khas melibatkan kategori Orang Kurang Upaya (OKU), pesakit dan warga emas bagi menyediakan anggaran kos kehidupan yang lebih tepat pada pasaran semasa.
Pengenalan akses khas ini untuk makluman mengambilkira keperluan kos yang berbeza berbanding kategori orang awam biasa. Dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) data yang dipaparkan dihasilkan berdasarkan keperluan sebenar kumpulan berkenaan.
Secara menyeluruh, akses ini dijelaskan akan ditambah pada pautan Kalkulator MyPAKW pada Ogos ini. Bersama penambahan akses itu, usaha ini dilihat selari dengan pendekatan DOSM dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) iaitu tidak meminggirkan mana-mana pihak bagi memastikan setiap golongan diambil kira dalam perolehan statistik rasmi negara.