Artikel

KPDN Cadang Guna MyKad Dilengkapi Kod QR – Beli Minyak Masak Bersubsidi

Selari dengan pengenalan MyKad versi baharu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini miliki cadangan untuk manfaat penggunaan MyKad yang dilengkapi kod QR itu bagi tindakan pembelian minyak masak paket bersubsidi kalangan pengguna Malaysia.

Buat masa ini, cadangan tersebut masih diperhalusi bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan pihak peruncit negara bagi mengatasi kekangan penggunaan peranti sedia ada.

Setakat ini jelas makluman kepada Parlimen, peranti yang digunakan untuk penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) hanya boleh digunakan oleh penerima bantuan tersebut, sedikit berbeza dengan urusan pembelian minyak masak paket bersubsidi. Maka dengan penggunaan kod QR MyKad, dijangka isu memantau pembelian minyak masak paket bersubsidi ini menjadi lebih baik selain bergantung kepada aplikasi Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS).