Artikel

Matriks Pembelajaran Tahun 4 Mula Dilaksanakan – Pada 6-8 Oktober Ini

Bertepatan dengan objektif sektor pendidikan dalam menambahbaik kualiti pengetahuan kalangan pelajar Malaysia – bermula 6 Oktober hingga 8 Oktober ini peperiksaan Tahun 4 yang dikenali sebagai Matriks Pembelajaran akan dilaksanakan. 

Penilaian ini mengikut laporan Bernama akan dilaksanakan secara berpusat oleh Lembaga Peperiksaan (LP) termasuklah penyediaan instrumen, panduan penskoran dan slip keputusan. Usaha itu secara langsung bertujuan memantau tahap penguasaan pelajar pada bahagian literasi, numerasi dan kemahiran saintifik.

Berdasarkan penjelasan sebelum ini, penilaian tersebut akan tertumpu kepada 4 subjek utama iaitu Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Melayu dan Sains serta Bahasa Cina dan Tamil mengikut teras Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). Langkah ini bertujuan untuk menilai penguasaan dan prestasi pelajar secara berkala serta mengetahui keperluan sokongan pada peringkat seterusnya.