Artikel

Inisiatif Teksi Madani Dijangka Perkukuh Pendapatan Pemandu – Raih Sehingga RM7,000 Sebulan

Bagi memacu pasaran perkhidmatan teksi di pasaran Malaysia, Program Pembaharuan Teksi Madani Nasional diperkenalkan bagi melonjakkan peranan pemandu teksi, seru-pandu dan menambahbaik pendapatan kumpulan ini pada pasaran semasa.

Inisiatif ini untuk makluman diterajui oleh Kementerian Pengangkutan – merupakan susulan kepada pengumuman Kerajaan menerusi Belanjawan 2026 yang memperkenalkan pengecualian 100% duti eksais dan cukai jualan bagi pembelian teksi atau kereta sewa baharu buatan nasional. Inisiatif ini membantu pemandu teksi memperbaharui kenderaan dengan pilihan pembiayaan yang lebih fleksibel melalui kerjasama strategik bersama PROTON, Kumpulan DRB-HICOM dan institusi kewangan. Antara model yang dibuka pada pembiayaan inisiatif tersebut adalah Proton S70.

Menariknya selain akses pembiayaan kenderaan baharu, inisiatif ini turut akan menyokong pengurangan kos pembaikan, servis dan perkhidmatan penyelanggaraan lain. Usaha ini sekali gus menambahbaik perolehan bulanan pemandu teksi antara RM5,000 kepada RM7,000 sebulan. Bersama sokongan sedemikian, usaha ini tidak sekadar meningkatkan kualiti taraf hidup pemandu teksi bahkan meningkatkan aliran perbelanjaan ekonomi di pasaran hadapan secara berkala.