Artikel

80.3% Perniagaan Manfaatkan Media Sosial – Perkukuh Jenama, Jualan Di Pasaran Malaysia

Tahun 2024 memperlihatkan sektor perniagaan Malaysia terus mengukuhkan aliran operasi dengan 80.3% direkodkan memanfaatkan kemudahan medium media sosial pada pasaran semasa. 

Data Jabatan Perangkaan (DOSM) ini menjelaskan media sosial terus menjadi paltform yang paling banyak digunakan pemain ekonomi negara disusuli memiliki laman web sendiri (58.7%), e-pasaran (44.1%) dan laman web entiti lain (38%). Peningkatan penggunaan saluran digital ini mencerminkan usaha berterusan perniagaan untuk meluaskan capaian pasaran, meningkatkan penglibatan pelanggan dan memperkukuh keterlihatan jenama dalam persekitaran perniagaan yang semakin
berhubung.

Selain pengukuhan itu pada arena ekonomi digital, 97.2% perniagaan direkodkan telah menggunakan peranti komputer disusuli 95.3% pula telah memiliki capaian internet pada operasi perniagaan mereka. Dengan penggunaan teknologi yang semakin meluas, usaha ini dilihat akan terus menyokong operasi perniagaan, komunikais dan penyampaian perkhidmatan di pasaran ekonomi Malaysia secara berkala.