Sempena pembukaan rasmi laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam yang sekian lama dinantikan, pihak kerajaan bersama Prasarana kini mengumumkan pemberian tambang percuma selama sebulan bermula 29 Jun 2026 sehingga 31 Julai 2026.
Menerusi pembukaan khidmat pengangkutan awam ini dijangka sekitar 2 juta penduduk jajaran tersebut bakal meraih manfaat kemudahan. Selain khidmat LRT, penawaran tambang percuma itu turut melibatkan penggunaan khidmat bas perantara pada laluan tersebut.
Secara menyeluruh Projek LRT3 Laluan Shah Alam ini untuk makluman membabitkan pelaburan RM16.63 bilion. Menjadikan ia antara pelaburan strategik kerajaan dalam memperkukuh infrastruktur pengangkutan awam negara.