Jemaah Menteri hari ini bersetuju untuk melaksanakan Hari Bekerja Hibrid (HBH) sebagai norma baharu dalam Perkhidmatan Awam Malaysia. Pelaksanaan ini untuk makluman akan dimulakan pada 1 Ogos 2026.
Dengan akses ini, penjawat awam boleh bekerja 2 hari di rumah atau lokasi alternatif yang diluluskan Ketua Jabatan dan 3 hari pula bertugas di pejabat. Perihal ini dijelaskan tertakluk keoada keperluan perkhidmatan, kesesuaian fungsi serta syarat yang ditetapkan.
Sebagai perincian, negeri yang ditetapkan Hari Kelepasan Mingguan (cuti minggu) pada Hari Ahad – dilaraskan Hari Wajib ke pejabat adalah pada Isnin dan Jumaat. Sementara negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu yang cuti minggu pada Hari Jumaat pula Hari Wajib memasuki pejabat pada Ahad dan Khamis.

Pelaksanaan ini jelas JPA, tidak akan menjejaskan penyampaian perkhidmatan penting susulan sektor seperti perkhidmatan kaunter, keselamatan, pertahanan, pendidikan, kesihatan dan mahkamah akan kekal beroperasi seperti biasa.
Secara menyeluruh akses HBH ini akan menggantikan pengaturan Bekerja Dari Rumah (BDR) Konflik Asia Barat yang sedang berkuat kuasa. Segala perincian lanjut berhubung pelaksanaan HBH ini akan dikongsikan kelak oleh JPA dalam masa terdekat.