Artikel

Saluran RTM Akan Teruskan Siaran Di Platform Astro

Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) memaklumkan akan meneruskan penyiaran pada platform Astro – ini melibatkan perkongsian kandungan TV1, TV2, TV Okey, Berita RTM, Sukan+ dan saluran radio RTM.

Dengan keputusan tersebut, ini bermakna penamatan kontrak pada Julai dibatalkan dan kedua pihak bersetuju mengukuhkan kerjasama pada pemaparan kandungan penyiaran di pasaran Malaysia.

RTM dan Astro yakin kerjasama yang diperkukuh ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua organisasi, memperkukuh industri media tempatan serta memperluas akses rakyat kepada kandungan yang berkualiti, dipercayai dan relevan.