Singapura melalui Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) kini mengemaskini caj Permit Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSVP) ASEAN kepada perkhidmatan teksi rentas sempadan – ini bermakna teksi berdaftar Malaysia, perlu membayar S$15 bagi setiap perjalanan memasuki Singapura, mulai 1 Januari 2027.
Caj ini untuk makluman memaparkan lonjakan 6.5 kali ganda berbanding caj semasa iaitu S$2.
Pelarasan tersebut dijelaskan untuk merapatkan jurang kos antara teksi berdaftar di Malaysia dengan teksi berdaftar di Singapura, di samping perubahan operasi yang dikuatkuasakan pada 4 Mei lalu yang membenarkan penumpang diturunkan di mana sahaja melibatkan lokasi Singapura dan Johor. Pengenaan caj ini untuk makluman hanya tertakluk kepada teksi Malaysia yang memiliki PSVL dan PSVP yang dikeluarkan LTA sahaja.
