Artikel

Bekalan Minyak PETRONAS Kekal Stabil, Mencukupi – Sehingga Ogos Ini

Memahami kebimbangan awam berhubung status bekalan minyak petrol Malaysia ketika ini, tatkala status konflik global masih di bawah rundingan – kini disahkan bekalan minyak di pasaran semasa kekal stabil.

Berdasarkan notis kepada Parlimen, komitmen ini meliputi ketersediaan bekalan bahan api di rangkaian stesen minyak PETRONAS seluruh negara – yang dijangka stabil dan mencukupi sehingga bulan Ogos. Rangkaian ini untuk makluman merangkumi sekitar 50% daripada keperluan bahan api domestik negara dibekalkan oleh PETRONAS melalui anak syarikat tersenarai awamnya PETRONAS Dagangan Berhad.

Biarpun kekal optimis dengan bekalan bahan api tempatan, untuk peringkat global menerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah diwujudkan – bagi membantu Malaysia memantau status konflik semasa agar keperluan bahan api negara tidak terjejas dan kekal mencukupi pada pasaran hadapan.

Selain itu, usaha lain turut dijalankan dengan meluaskan cabang perolehan bekalan minyak mentah dari pengeksport di luar Asia Barat seperti dari Afrika dan Benuar Amerika. Langkah ini tertakluk kepada kesesuaian gred minyak mentah dan terma komersial berkaitan.