Artikel

ASNB Umum Agih Pendapatan ASB 3 Didik – 5.50 Sen Seunit

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi dana harga tetap Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik) adalah berjumlah RM480 juta.

Ini merangkumi pengagihan 5.50 sen seunit kepada 354,651 pemegang unit, yang memiliki 9.85 bilion unit. Prestasi ini memperlihatkan lonjakan positif berbanding tahun lalu dengan agihan 5.25 sen seunit.

Secara menyeluruh pengiraan agihan pendapatan ASB 3 Didik ini meliputi purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan. Prestasi ini mencerminkan komitmen berterusan PNB dalam memastikan pendapatan pelabur kekal mampan dan memiliki nilai yang positif bagi jangka masa panjang. Sehingga 22 Jun, ASB 3 Didik mencatatkan pendapatan bersih sebanyak RM568 juta.

Dengan makluman agihan tersebut, semua urus niaga ASB 3 Didik di cawangan dan atas talian akan digantung sementara waktu sehingga 30 Jun kelak bagi tujuan pengiraan  agihan pendapatan. Segala urusan akan disambung semula bermula 1 Julai 2026 ini.