Lazada, platform e-dagang serantau kini dilaporkan telah memberhentikan sebilangan tenaga kerjanya setelah melaksanakan semakan semula akan keperluan skop pekerjaan di pasaran semasa.
Menurut laporan Business Times, tindakan ini telah menjejaskan sekitar 5% daripada keseluruhan pekerja Lazada di pasaran Asia Tenggara. Berdasarkan perkembangan lanjut, Lazada tidak mendedahkan akan skop pekerjaan yang terkesan namun menjelaskan langkah ini didasarikan akan keperluan kumpulan dan tahap kecekapan. Malah dijelaskan tindakan ini bukan sebahagian daripada kesa penerapan kecerdasan buatan (AI).
Berdasarkan tindakan itu selain Malaysia terdapat 5 negara Asia Tenggara lain turut terkesan iaitu Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Filipina.