Artikel

LRT3 Mula Operasi Pada 29 Jun Ini

Seperti yang dinantikan, Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor bersama kawasan sekitarnya kini diumumkan akan mulakan operasi perkhidmatannya pada 29 Jun 2026 ini. 

Jelas Menteri Pengangkutan (MOT) Anthony Loke, tarikh permulaan operasi ini dicapai setelah mengambilkira penyelesaian semua proses berkaitan fasa ujian, petauliahan, serta penyelesaian isu teknikal.

Menerusi pertambahan akses ini, ia secara langsung akan membantu kawasan kota sekitarnya mengatasi isu kesesakan lalu lintas dan meningkatkan peluang ekonomi pada kawasan di laluan yang terlibat. Berdasarkan makluman itu, LRT3 dijelaskan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 28 Jun ini dan hanya akan dibuka kepada orang awam pada 29 Jun keesokkannya.

Ini gambaran peta laluan tren di Lembah Klang dan perincian stesen jajaran LRT3: