Artikel

Harga Rumah Jual Semula Di Malaysia Naik 4.8%, Kesan Permintaan Kukuh – Pada Suku Pertama

Biarpun pasaran berdepan ketidaktentuan tekanan kos, harga purata hartanah subjualan di Malaysia iaitu hartanah yang dijual semula memaparkan situasi sebaliknya – apabila meningkat 4.8% secara tahunan kepada RM545,059 bagi suku pertama tahun ini. Menurut tinjauan firma hartanah IQI, didorong oleh keyakinan pembeli tempatan yang semakin mengukuh terhadap kestabilan pasaran segmen berkenaan secara berkala.

Meneliti taburan mengikut lokasi, Kuala Lumpur terus mendahului pasaran apabila harga purata rumah jual semula di ibu kota kini berjaya melepasi paras RM1 juta. Trend peningkatan yang agresif ini menyaksikan pembeli di Kuala Lumpur membayar secara purata 15% lebih tinggi bagi memiliki rumah subjualan pada suku pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Bagaimanapun, segmen rumah mampu milik kekal menjadi pemacu utama pasaran apabila hampir satu perempat daripada keseluruhan transaksi subjualan melibatkan rumah bernilai RM250,000 ke bawah. Malah secara keseluruhan, sekitar tujuh daripada 10 transaksi yang direkodkan di seluruh negara adalah melibatkan hartanah yang bernilai RM500,000 ke bawah.