Artikel

KKM Kaji Pelaksanaan Sijil Cuti Sakit Digital, e-MC – Atasi Isu Pemalsuan 

Bagi membendung isu pemalsuan dan salah guna dokumen pegawai perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini melihat peningkatan penyalahgunaan Sijil Cuti Sakit (MC) yang semakin berleluasa ini sebagai isyarat buat Malaysia untuk menyegerakan agenda pendigitalan MC demi memelihara integriti sistem sedia ada.

Jelas Menteri Kesihatan Dr. Zulkefly Ahmad pada laporan The Star, usaha tersebut setakat ini sedang diteliti Bahagian Kesihatan Digital KKM berhubung mekanisme pengeluaran e-MC pada masa hadapan dengan ciri keselamatan yang lebih tinggi, serta sukar dimanipulasi.

Potensi pengeluaran ini bukan sahaja menutup ruang penjualan MC palsu atas talian tetapi memudahkan para majikan membuat pengesahan terus secara masa nyata terhadap status kesihatan pekerja mereka.