Artikel

AirAsia X Semak Kadar Tambang Secara Mingguan – Mula Turunkan Harga Tiket 5% Sejak 15 Jun

Berikutan penurunan harga bahan api pesawat, AirAsia X menjelaskan pihaknya telah menurunkan harga tambang sebanyak 5% sejak 15 Jun lalu – dan kini sedang laksana semakan kadar tambang berkala secara mingguan bagi memastikan pelarasan harga tiket setimpal dengan perubahan harga minyak semasa.

Mengikut makluman kepada Reuters itu, langkah ini diambil susulan AirAsia X telah terjejas teruk kesan harga bahan api pesawat tidak menentu dengan mencatatkan kerugian pada suku pertama tahun ini. Situasi itu telah mendorong kumpulang untukĀ  mengurangkan 10% penerbangan dan menambah surcaj bahan api bagi menangani kenaikan kos.

Maka dengan persekitaran konflik yang dilihat akan berakhir tidak lama lagi, situasi ini dijangka akan melandaikan tekanan kos di pasaran. Dengan potensi itu, AirAsia X optimis bahawa kapasiti penerbangan mereka akan pulih sepenuhnya menjelang Ogos nanti.