Kesan cabaran ekonomi semasa, Selangor kini mengumumkan pengurangan kadar sewa premis pihak berkuasa tempatan (PBT) sebanyak 30% selama 6 bulan. Pemberian ini sekali gus membantu 21,234 peniaga meringankan bebanan kos operasi mereka di pasaran semasa.
Usaha itu untuk makluman akan melibatkan peruntukan sebanyak RM4.5 juta yang akan ditanggung Kerajaan Negeri. Dan pengurangan sewa ini akan diberi secara automatik bermula Julai kelak tanpa perlu peniaga mengemukakan sebarang permohonan.
Secara menyeluruh, langkah ini untuk makluman adalah antara 15 inisiatif yang diumumkan bawah Fasa 2 Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor yang melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM209.26 juta yang diumumkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.