Artikel

Inflasi Malaysia Terus Meningkat – Kini Naik 2.0%

Inflasi Malaysia terus memaparkan peningkatan apabila mencatatkan kenaikan 2.0% pada Mei 2026, setelah naik kepada 1.9% pada April lalu.

Peningkatan ini jelas Jabatan Perangkaan (DOSM) didorong akan rekod inflasi yang lebih tinggi pada empat segmen iaitu Maklumat dan Komunikasi (2.1%), Makanan dan Minuman (1.4%), Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain (1.2%) serta Rekreasi, Sukan dan Kebudayaan (1.1%).

Sebagai perincian pada segmen makanan, kos Makanan di Luar Rumah telah memaparkan peningkatan 2.5% – antara item yan memaparkan peningkatan adalah makanan seperti Martabak (4.1%), Masakan berasaskan Mi (3.5%), Nasi Goreng (3.4%), Nasi babi panggang (3.2%) dan Roti Canai (2.6%).

Dengan kenaikan itu, 8 negeri didapati merekodkan peningkatan lebihi paras inflasi nasional – iaitu Pahang (2.8%), Negeri Sembilan (2.6%), Labuan (2.6%), Johor (2.5%), KL (2.4%), Kedah (2.2%), Putrajaya (2.2%) dan Melaka (2.1%). Manakala baki 8 negeri lain masih di bawah paras nasional dengan Sarawak mencatatkan paras inflasi terendah iaitu 0.5%.