Dengan kepesatan projek pusat data di Johor, situasi ini dijangka akan memperlihatkan peningkatan penggunaan elektrik pada negeri tersebut. Yang mana berupaya menggunakan sehingga 40% daripada jumlah permintaan elektrik negeri menjelang 2035.
Persekitaran ini sekali gus memberi tekanan ke atas bekalan tenaga semasa dan infrastruktur grid negeri.
Tinjauan WoodMac mendedahkan permintaan elektrik daripada segmen pusat data Johor akan meningkat sekitar 24% dalam tempoh tersebut selari dengan kemasukan pelaburan teknologi dan digital negeri. Setakat September 2025, kapasiti kuasa pusat data di Johor dianggarkan mencapai 3.8GW iaitu hampir satu kali ganda berbanding permintaan elektrik semasa negeri. 
Selain cabaran itu, didapati sebahagian besar 6.8GW kapasiti penjanaan elektrik terpasang Johor bergantung kepada sumber gas asli dan arang batu. Kapasiti ini wajar diteliti dengan baik susulan Malaysia kelak akan melaksanakan agenda peralihan tenaga hijau – iaitu sebanyak 2.1GW kapasiti janakuasa arang batu akan ditamatkan operas pada dekat 2030-an selari dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR). Dengan perubahan ini, ia secara terus memberi tekanan kepada bekalan tenaga Johor.

Tambahan perolehan kelulusan projek yang terlalu cepat dilihat berisiko menyebabkan perluasan pusat data ini melebihi kemampuan infrastruktur grid untuk menampung permintaan tenaga baharu.
Sehingga 2025, Johor dijelaskan memiliki sekitar 27 pusat data yang telah beroperasi dengan 50 lagi projek sedang dibangunkan setakat April lalu.