Selaras dengan matlamat Malaysia untuk mengurangkan intensiti pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG) sebanyak 45% menjelang 2030, negara kekal optimis untuk melaksanakan cukai karbon pada tahun ini. Tetapi kesan konflik yang berlaku pada pasaran semasa dilihat telah mendorong kepada semakan semula agar pengenaan cukai karbon ini tidak membebankan rakyat Malaysia.
Penelitian semula ini menurut laporan The Star, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan disemak dengan mengambil kira pelbagai aspek. Pelaksanaan cukai karbon tersebut turut dijelaskan akan dihadkan kepada industri terpilih sahaja untuk peringkat awal antaranya besi, keluli dan tenaga.
Biarpun tidak memiliki garis masa sebenar akan pelaksanaan cukai ini, NRES menjelaskan hasil daripada cukai tersebut akan digunakan untuk Dana Adaptasi Kebangsaan bagi menangani kesan perubahan iklim melalui tebatan banjir, pengurusan pantai, dan amalan pertanian mampan.