Sime Darby dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini dilihat berjaya mengatasi Maybank – apabila tampil selaku peneraju kalangan syarikat Malaysia dalam senarai Fortune 500 Asia Tenggara.
Senarai ini memperlihatkan Sime Darby di tangga ke-17 dengan nilai $15.9 bilion, diikuti TNB pada kedudukan ke-19 dengan nilai $15.82 bilion sementara Maybank pula di kedudukan ke-20 bersama nilai $15.56 bilion.

Selain perubahan tersebut, berdasarkan taburan perbankan turut didapati kedudukan bank kedua terbesar di Malaysia iaitu CIMB dan ketiga terbesar di Malaysia Public Bank turut alami kejatuhan senarai. Dengan CIMB kini di tangga ke-34 sementara Public Bank pula di tangga ke-65.
Biarpun, penyenaraian kali ini menyaksikan peningkatan hasil yang baik kalangan 93 syarikat tempatan namun Malaysia masih tidak berjaya menembusi kelompok 10 teratas pada senarai Fortune 500 Asia Tenggara. Yang mana setakat ini senarai 10 teratas kekal diungguli negara jiran dengan 5 syarikat Singapura, Thailand (2), Indonesia (2) dan Filipina (1). Secara menyeluruh Malaysia kekal meraih kedudukan ketiga berikutan penambahan 8 firma baharu pada senarai tersebut di pasaran semasa dengan Thailand memiliki sejumlah 105 firma dan Indonesia pula 104 firma yang tersenarai.