Oleh sebab prosesnya yang renyah, tabiat merancang bajet dan merekod transaksi perbelanjaan secara manual selalunya tidak efektif, justeru tidak bertahan lama. Walhal setiap kali masuk gaji, setiap individu memang berazam mahu menguruskan wang dengan lebih bijak. Isu sebenarnya bukan bersikap tidak acuh atau tidak mahu menjejaki aliran tunai sendiri. Namun, himpitan bil bulanan yang padat ditambah pula dengan heretan perbelanjaan impulsif akhirnya memadamkan terus motivasi tersebut.
Di sinilah bank digital dengan aplikasi mesra pelanggan seperti AEON Bank memanfaatkan peluang untuk mengubah naratif tersebut – bukan dengan memaksa kita menukar gaya hidup secara drastik, tetapi dengan menukar perspektif kita supaya lebih mudah memahami kecenderungan tabiat kewangan, rentak perbelanjaan, keupayaan bajet, serta cara kita berinteraksi dengan wang kita sendiri melalui AI Neko Sensei.

Menampilkan personaliti ‘Sensei’ berwajah kucing yang comel lagi pintar, ciri terbaharu ini direka khas untuk menjadi mentor atau sahabat perunding kewangan peribadi dalam poket anda.
Para pelanggan di luar sana pastinya curiga kenapa fungsian mentor pengurusan kewangan ini dinamakan ‘Neko Sensei’ (ねこ先生)? Sebenarnya Neko merupakan maskot ikonik AEON Bank. Dua perkataan Bahasa Jepun digabungkan iaitu; Neko bermaksud kucing, manakala Sensei bermaksud pakar yang bijaksana, ibarat guru, mentor, pembimbing atau penasihat yang bernas.
Matlamat AEON Bank ialah untuk menggabungkan ketelitian kewangan dan antara-muka pengguna yang lebih mesra pelanggan. Ia bukan lagi sekadar sistem robotik yang membahagikan baki akaun, tetapi merupakan sebuah evolusi teknologi kewangan yang menggabungkan elemen psikologi tingkah laku, kecerdasan data, dan didik-hibur (edutainment) untuk membantu rakyat Malaysia membina tabiat kewangan yang lebih sihat tanpa tekanan atau persepsi negatif.
Dulu Buku 555 – Sekarang AI Neko Sensei
Pengurusan kewangan peribadi selalunya sinonim dengan perkara yang remeh — merekod resit, mengemaskini penjejak perbelanjaan, atau melihat angka-angka statik dalam aplikasi perbankan biasa yang kadangkala membuatkan kita rasa bersalah. Kehadiran AI Neko Sensei oleh AEON Bank mengubah dinamik ini sepenuhnya dengan menyuntik elemen AI yang interaktif dan mesra pengguna. Ia bukan lagi sekadar sistem automatik yang membahagikan duit anda ke dalam tabung digital, tetapi bertindak sebagai penasihat peribadi yang menganalisis tabiat berbelanja anda secaramasa-nyata dengan personaliti yang mencuit hati.

Ciri ini juga menyokong dwibahasa, membolehkan pengguna berinteraksi secara santai sama ada dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu. Keupayaan dwibahasa terangkum tersebut merupakan ciri-ciri intuitif antara-muka pelanggan (intuitive user interface) di aplikasi AEON Bank yang mesra pengguna dan direka sesuai untuk demografi majmuk di Malaysia.
Melalui pendekatan digital-first, pembantu pintar ini merapatkan jurang antara teknologi kewangan canggih dan gaya hidup harian. Ciri pintar AI ini mampu menterjemah data transaksi yang kompleks kepada ringkasan yang sangat mudah difahami. Pengguna tidak perlu lagi pening kepala menghitung formula bajet yang rumit sebaliknya, AI Neko Sensei akan memberikan paparan Aliran Tunai Bulanan yang jelas, merangkumi agregat data berlapis merentasi segmen Merchant, Category, dan Beneficiary secara mingguan, bulanan, mahupun tahunan.
Analisis Pintar Jadikan Pengguna Lebih Berdisplin – Ketika Berbelanja
Salah satu cabaran terbesar dalam menyimpan wang adalah mengekalkan disiplin, terutamanya apabila godaan jualan murah atas talian atau trend kopi estetik melanda. Di sinilah Neko Sensei memainkan peranan sebagai teman perunding kewangan anda yang tidak menilai, tetapi kekal tegas dengan nasihat dan panduan bijak bajet yang bernas serta tips celik Ringgit yang dinamik.
Contohnya, anda boleh bertanya pada Neko Sensei, “Saya teringin nak tukar telefon baru, model XXX, tapi tak pasti sama ada pembelian tu boleh buat saya broke atau tidak?” Walaupun perbualan tersebut rojak dan santai, Neko Sensei akan berusaha menerjemahkan niat dan kehendak di sebalik soalan tersebut dan beri cadangan yang praktikal untuk anda.

Dengan keupayaan pembelajaran mesin, AI ini mampu mengesan corak perbelanjaan luar biasa – seperti kekerapan makan di luar yang berlebihan pada pertengahan bulan dan memberikan amaran awal yang santai sebelum poket anda mula pokai atau memaparkan baki yang lebih rendah. Ia tidak sekadar memberi amaran, ‘Sensei’ ini turut menawarkan strategi bersesuaian berdasarkan baki pendapatan dan matlamat simpanan anda. Sebagai contoh, jika anda menetapkan sasaran untuk melancong atau membina dana kecemasan, AI Neko Sensei akan memberi panduan untuk menetapkan keutamaan perbelanjaan harian.
Teguran dan cadangan yang diberikan dibuat secara peribadi dan disuaikan bagi memastikan setiap pengguna mendapat pelan tindakan kewangan yang unik serta realistik selari dengan kapasiti kewangan masing-masing.
Pengguna Raih Pulangan Yang Lebih Optimum – Pada Ekosistem AEON Bank
Menggunakan AI Neko Sensei bukan sahaja melatih pengguna untuk menguruskan aliran tunai dengan lebih berstruktur, tetapi juga membantu mereka mengoptimumkan setiap kelebihan yang ada dalam ekosistem ganjaran AEON Bank.
Berbekalkan algoritma pintar dan pengoptimuman GenAI, ciri ini akan meneliti setiap profil perbelanjaan anda di stor runcit AEON atau platform rakan kongsi, lalu mengesyorkan kaedah terbaik untuk mengumpul mata ganjaran secara maksimum dan lebih cekap. Malah, sistem ini turut menyuntik panduan tentang cara mengembangkan baki simpanan demi meraih kadar keuntungan yang lebih baik melalui akaun simpanan digital anda. Melalui integrasi ini, satu ekosistem yang harmoni dapat dibentuk. Setiap sen yang keluar dan masuk daripada akaun anda akan sentiasa dijejaki dan dinilai, sekali gus mengubah amalan perbankan biasa menjadi satu pelaburan tabiat yang memberikan pulangan paling berbaloi kepada pengguna secara berkala di masa hadapan.

Dengan sokongan ciri pintar seperti ini, bank digital bukan lagi sekadar tempat menyimpan wang secara maya, tetapi alat penambahbaikan taraf hidup. Menerusi bimbingan berterusan daripada AI Neko Sensei, pengguna secara tidak sedar sedang melatih diri mereka untuk menjadi lebih celik kewangan.
Bagi produk berasaskan deposit yang layak di bawah AEON Bank dan AEON Bank Biz, Akaun Simpanan-i, Savings Pot, Deposit Bertempoh-i, Akaun Semasa Perniagaan-i dan Biz Term Deposit-i, deposit tersebut dilindungi sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit. AEON Bank ialah ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) dan perlindungan deposit tersebut adalah automatik dan percuma. Untuk maklumat lanjut, klik SINI.
Pengalaman perbankan kini beralih daripada sekadar transaksi pasif kepada satu perjalanan interaktif yang memperkasakan masa depan kewangan generasi muda Malaysia. Langkah menyimpan wang dan mengawal perbelanjaan tidak lagi dirasakan sebagai satu bebanan atau hukuman, sebaliknya bertukar menjadi satu perjalanan digital yang menyeronokkan dan penuh dengan ganjaran bermakna.
Di samping itu, sempena ulang tahun kedua AEON Bank, pelanggan baharu boleh menikmati bonus aluan selamat datang, serta ganjaran seperti Takaful freemium dan banyak lagi. Pelanggan sedia ada pula layak mendapat ganjaran ekstra dan pelbagai manfaat, termasuk ganjaran tunai RM2 sepanjang kempen ulang tahun ‘2gether Lagi Better’. Hanya perlu akses aplikasi AEON Bank, kemudian klik pada ikon Neko Sensei dan butang ‘2gether Lagi Better’ untuk tebus ganjaran menarik.

Neko Sensei boleh diakses dengan mudah menerusi aplikasi AEON Bank, di samping pelbagai fungsi dan ciri-ciri dinamik yang membuatkan aktiviti perbankan mudah dan santai selaras dengan gaya hidup anda.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web AEON Bank dan klik pada pautan tersebut untuk mengenali AI Neko Sensei dengan lebih dekat. Atau lebih mudah, imbas kod QR yang disediakan untuk memuat turun aplikasi AEON Bank dan cuba dekatkan diri untuk berbual celik Ringgit dengan AI Neko Sensei.

Penafian: Advertorial dari AEON Bank