Artikel

Jumlah Pelancong Domestik Melonjak, Didapati Berbelanja RM121.3 Bilion Di Malaysia – Pada 2025

Sektor pelancongan Malaysia memaparkan perkembangan yang positif pada 2025 apabila jumlah perbelanjaan pelancong domestik meningkat 13.6% kepada RM121.3 bilion berbanding RM106.7 bilion pada 2024.

Pertumbuhan ini jelas tinjauan Jabatan Perangkaan (DOSM) didorong akan perbelanjaan harian semakin yang meningkat, selain merekodkan pertambahan pelancong domestik harian secara berkala. Berdasarkan perincian, aktiviti membeli-belah menjadi penyumbang perbelanjaan terbesar dengan 36.5% diikuti makanan dan minuman (16.1%) dan pembelian bahan api kenderaan (13.5%).

Sementara mengikut taburan negeri, Selangor terus menjadi negeri yang paling kerap dikunjungi dengan rekod 36.4 juta pelawat domestik, disusuli Kuala Lumpur (35.1 juta pelawat domestik), dan Perak (23.6 juta pelawat domestik).