Artikel

Bekalan Minyak Dunia Ambil Masa Untuk Pulih, Walaupun Konflik Ditamatkan – Menteri Ekonomi

Tindakan persetujuan menamatkan konflik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran ketika ini, dilihat telah memberi kelegaan kepada ramai pihak – namun pada sudut bekalan minyak, aliran pemulihan itu ditegaskan tidak akan berlaku serta-merta, dan memerlukan masa yang lebih panjang untuk setiap negara mengimbangi semula tekanan kos di pasaran. 

Keperluan masa itu menurut laporan Menteri Ekonomi Malaysia Akmal Nasrullah dilihat akan mengambil tempoh yang munasabah. Proses pemulihan ini mengambilkira kelancaran laluan Selat Hormuz, infrastruktur yang terjejas serta stok ekonomi yang diperolehi setiap negara berlandaskan kos perolehan yang lebih tinggi.

Setakat ini situasi semasa masih belum membolehkan Malaysia untuk kembali ke mod selesa, dan perolehan tahap pemulihan menyeluruh akan disegerakan Malaysia menerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dengan memantau aliran ekonomi selari dengan kesepakatan penamatan krisis global tersebut. Dengan komitmen tersebut, Malaysia optimis aliran inflasi negara akan terus terkawal pada tahun ini bersama kadar 1.5% sehingga kenaikan 2.5%.