Artikel

KWSP Umum Tutup Kaunter Bayar Caruman Di Seluruh Cawangan – Mulai 1 Julai Ini

Bermula 1 Julai 2026, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menamatkan perkhidmatan kaunter bayaran caruman di semua cawangan seluruh Malaysia.

Langkah ini diambil bagi menyokong sistem pembayaran caruman kepada saluran digital dan alternatif lain. Menurut notis KWSP, medium simpanan persaraan itu turut menjelaskan penutupan ini hanya melibatkan kaunter resit pembayaran sahaja. Sementara kaunter perkhidmatan lain kekal beroperasi seperti biasa.

Kaunter peresitan KWSP ini untuk makluman, kaunter yang menerima bayaran caruman majikan dan pekerja secara fizikal. Kaunter ini juga menerima pelbagai kaedah bayaran fizikal meliputi wang tunai, cek, bank draf, kad debit atau kad kredit. Dengan tindakan tersebut, kaunter ini berperanan memproses transaksi dan mengeluarkan resit rasmi KWSP.

Selari dengan peralihan itu, para pencarum boleh membuat bayaran caruman melalui saluran alternatif seperti berikut:

  • Aplikasi KWSP i-Akaun
  • Perbankan Internet
  • Kaunter ejen bank
  • Terminal Layan Diri (SST)
  • Perkhidmatan Pasukan Mobile KWSP

Manakala bagi majikan, bayaran caruman adalah digalakkan untuk dibuat melalui portal i-Akaun (Majikan) bagi membolehkan proses bayaran dilaksanakan dengan lancar.

Dengan keputusan tersebut, KWSP menjelaskan perubahan ini dijamin tidak akan menjejaskan keupayaan pencarum serta majikan bagi sebarang urusan transaksi lain. Untuk ketahui lanjut, semua pihak boleh merujuk pada laman KWSP atau cawangan berdekatan.