Artikel

ShopeePay Kini Sedia Akses Travel eSIM – Dengan Pelan Serendah RM3.50

Kini, pengalaman melancong jadi lebih mudah dengan penambahan akses Travel eSIM pada aplikasi ShopeePay. Menariknya kemudahan sambungan internet di luar negara turut merangkumi akses rangkaian di Thailand, Indonesia, Vietnam, Jepun, China dan Singapura.

Akses ini jelas notis ShopeePay, menawarkan tempoh penggunaan yang fleksibel sehingga 31 hari dengan pelan serendah RM3.50. Ini menjadikannya pilihan yang mampu milik, sama ada untuk percutian singkat mahupun percutian ke luar negara yang lebih panjang. Tawaran ini untuk makluman merupakan sebahagian daripada ekosistem persediaan pelancongan yang dilaraskan Shopee bagi kemudahan yang lebih luas buat penduduk Malaysia.

Lebih menarik, seiring dengan penerapan akses itu ShopeePay turut menyediakan akses mudah bagi mendapatkan insurans perjalanan serta tempahan hotel dan tiket penerbangan. Maka dengan kemudahan ini, pengguna boleh merancang perjalanan dengan lebih lancar melalui pilihan penerbangan daripada syarikat penerbangan terkemuka, serta tempahan hotel di pelbagai destinasi popular di aplikasi.