Untuk memastikan tahap keselamatan sistem perbankan terus ditambah baik, CIMB memaklumkan kelak pengguna bank yang ingin melaksanakan pindahan antara akaun sendiri – perlu membuat pengesahan transaksi melalui SecureTAC.
Penerapan ini akan dilaksanakan secara berkala, yang mana bermula 12 Jun 2026 – semua pindahan wang ke akaun sendiri yang bernilai RM1,000 ke atas perlu lalui pengesahan SecureTAC dan fasa seterusnya iaitu 17 Julai 2026, semua jumlah transaksi pindahan akaun sendiri pula akan diwajibkan penggunaan SecureTAC.
Tanpa mengira jumlah wang yang dipindahkan, para pengguna perlu meluluskan transaksi tersebut melalui SecureTAC.
Langkah ini bertujuan untuk memberikan perlindungan tambahan kepada simpanan pelanggan daripada sebarang akses yang tidak diingini. Dan dijelaskan ia terpakai untuk transaksi yang dijalankan melalui laman web CIMB Clicks mahupun aplikasi CIMB OCTO.