Artikel

Sime Darby Property Lancar RM1.25 Bilion Dana Pelaburan Pusat Data – Raih Sokongan KWSP, LTAT

Sime Darby Property hari ini melancarkan dana pembangunan hartanah iaitu New Economy Venture (NEV) bernilai RM1.25 bilion yang mengfokuskan kepada pelaburan pusat data berteraskan keperluan penyewa. 

Untuk makluman umum, NEV distrukturkan sebagai plaform pelaburan tertutup berasaskan prinsip Syariah dengan tempoh hayat selama 5 tahun. Menariknya dana ini turut meraih sokongan pelabur institusi antaranya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Great Eastern Life Assurance.

Melalui medium pelaburan membangunkan aset-aset ekonomi moden ini, pembangunan awal dijelaskan melibatkan projek di Elmina Business Park dan City of Elmina yang dijangka siap pada separuh kedua tahun 2027. Dengan fokus tersebut, ia tidak sekadar mengukuhkan sektor pembangunan negara tetapi turut meningkatkan asas pendapatan berulang syarikat secara berkala.