Artikel

NAIO Beroperasi Selaku Institusi Rasmi – Pada 28 Julai Ini

Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) kini dimaklumkan akan beroperasi selaku sebuah institusi  rasmi mulai 28 Julai 2026 ini.

Dengan pelaksanaan itu, kelak NAIO akan diberi mandat untuk menyelia dan menyelaras urusan kecerdasan buatan (AI) di Malaysia. Setakat ini jelas Kementerian Digital, NAIO beroperasi di bawah bimbingan MyDigital Corporation.

Sebagai penjelasan lanjut, NAIO akan menjadi institusi yang beri tumpuan kepada dasar, tadbir urus dan ekosistem AI di pasaran Malaysia. Sekali gus memacu matlamat negara untuk mnjadi Negara AI menjelang 2030 kelak. Seperti yang umum ketahui, NAIO telah dilancarkan pada 12 Disember 2024 dan merupakan inisiatif strategik Kementerian Digital dalam memacu penyerapan AI pada ekosistem negara.