Artikel

Astro Lantik Semula Henry Tan Selaku CEO Interim – Ganti Euan Smith

Setelah 6 tahun bersama kumpulan penyiaran, Astro Malaysia mengumumkan pengunduran Euan Smith selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan dan melantik Henry Tan selaku CEO Interim berkuat kuasa 16 Jun ini. Tindakan ini sementara menyelesaikan fasa pencarian kumpulan berhubung calon rasmi CEO yang sedang dijalankan.

Buat pengetahuan umum, sebelum ini Henry Tan pernah menerajui Astro pada tahun 2019 sehingga 2023 dan kini kembali bertanggungjawab memimpin keseluruhan operasi pada pasaran semasa.

Biarpun Euan Smith telah menamatkan perkhidmatannya, namun peranan khidmat nasihat dan sokongan teknikal akan terus diberikan kepada kumpulan Lembaga Pengarah sehingga 6 Disember ini. Dengan komitmen ittu, bersama pengalaman Henry Tan, Astro optimis kumpulan berupaya meningkatkan semula prestasi penyiaran dengan lebih baik. Setakat akhir Januari lalu, keuntungan bersih kumpulan memaparkan rekod yang lebih rendah kepada RM63.13 juta berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu sekitar RM129.15 juta. Penurunan ini antaranya didorong akan pendapatan langganan dan pengiklanan yang lebih rendah.