Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah mengarahkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak, yang didapati mengambil alih aktiviti perniagaan tempatan secara haram atau menyalahgunakan lesen perniagaan dan visa.
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil pada sidang hari ini, arahan itu susulan terdapatnya aduan bahawa warga asing mengambil alih operasi perniagaan tempatan. Tindakan penguatkuasaan yang tegas turut akan dikenakan ke atas warganegara Malaysia yang terlibat melanggar peruntukan undang-undang atau menyalahgunakan sebarang kemudahan yang disediakan untuk tujuan perniagaan.
Tindakan yang lebih agresif ini dilihat wajar selari dengan usaha Malaysia untuk memerangi amalan ‘Ali Baba’ sejak tahun lalu.