Artikel

MARA Ambil Tindakan Tegas – Jumlah Pinjaman Tidak Berbayar Cecah RM893 Juta

Majlis Amanah Rakyat (MARA) kini dilihat bersedia mengambil tindakan drastik ke atas kumpulan peminjam yang culas – berikutan laporan HMetro mendedahkan tahun 2025 menunjukkan jumlah Pinjaman Tidak Berbayar (NPL) yang ditanggung MARA kini 49.6%, iaitu bernilai RM893 juta.

Amaran keras ini dikeluarkan bagi membendung sikap culas segelintir peminjam. Untuk makluman, setakat Oktober 2024 seramai 97,866 daripada 197,348 peminjam aktif telah disenarai hitam kesan gagal melunaskan komitmen pinjaman.

Maka dengan penguatkuasaan lebih kukuh kelak, langkah ini dijangka akan membantu melandaikan tekanan tunggakan dan memberi amaran kepada kumpulan peminjam semasa untuk lebih berdisplin akan tanggungjawab pembayaran semula.