Artikel

200 PMKS Disasar Ke Penyenaraian Bursa Malaysia – Menjelang 2030

Sekitar 200 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kini disasarkan menerima pembiayaan sehingga RM5 juta untuk membantu mereka bersedia memasuki penyenaraian di Bursa Malaysia di bawah program PKS@Bursa menjelang 2030.

Sokongan peruntukan kerajaan sekitar RM50 juta ini secara menyeluruh, dilihat bertujuan membentuk laluan yang lebih kukuh dalam usaha Malaysia menghasilkan syarikat yang berpotensi disenaraikan pada pasaran hadapan.

Berdasarkan kerjasama dengan SME Corp Malaysia, mana-mana syarikat yang berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia akan meraih insentif rebat sehingga 20% daripada jumlah pinjaman dalam tempoh 5 tahun. Langkah itu sekali gus membantu syarikat terlibat meraih penjimatan kos persediaan penyenaraian di pasaran modal.