Pulau Pinang memaklumkan pihaknya akan melaksanakan kadar air baharu bermula 1 Julai ini, setelah melalui fasa penangguhan selama setahun atas semakan pentadbiran negeri.
Pelaksanaan di bawah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) ini akan perlihatkan kenaikan tarif air 8.5% bagi pengguna domestik dan 7.3% bagi pengguna bukan domestik. Dengan pelarasan itu, sekitar 82% isi rumah di Pulau Pinang yang menggunakan 35 meter padu air atau lebih rendah dijangka akan mengalami peningkatan maksimum bil sebanyak RM2.55 sebulan atau 8.5 sen sehari sahaja.
Sementara pengguna bukan domestik pula merentasi pelbagai cabang komersial seperti pusat beli-belah, premis perniagaan, penginapan, perkilangan serta pejabat kerajaan yang menggunakan sehingga 500 meter padu air sebulan disasar alami peningkatan maksimum bil sekitar RM77.70 sebulan atau RM2.59 sehari.
Dengan perubahan kenaikan kos itu, Pulau Pinang berupaya menjana sekitar RM20 juta hasil tambahan dalam tempoh 6 bulan terakhir tahun ini. Perolehan itu dijangka dapat membantu negeri melaburkan semula pada pembangunan infrastruktur bekalan air dan pembangunan Pulau Pinang.