Big Caring, penyedia rangkaian farmasi terbesar di Malaysia kini miliki rancangan untuk mengumpul sehingga RM3 bilion melalui penyenaraian awam (IPO) – menjelang suku keempat 2026, sekitar Oktober kelak.
Matlamat ini menurut laporan Bloomberg sekali gus akan menjadi antara penyenaraian awam terbesar di Malaysia dalam tempoh 10 tahun.
Setakat ini, pasaran IPO Malaysia merekodkan sejumlah RM5.6 bilion telah berjaya dikumpulkan, dengan penyenaraian terbesar dipacu Sunway Healthcare iaitu RM3.3 bilion pada Mac lalu dengan pilihan lebihan peruntukan. Maka jika perolehan dana itu berjaya dicapai Big Caring, status tersebut akan mengukuhkan kumpulan pada pasaran semasa.
Menerusi pertimbangan IPO itu, saiz pengumpulan tersebut bagaimanapun berpotensi mengalami perubahan secara berkala berlandaskan persekitaran pasaran semasa. Mengikut perancangan itu, Big Caring berpotensi menawarkan sehingga 25.5% daripada modal saham terbitannya dengan sebahagian hasilnya akan digunakan untuk mengurangkan komitmen hutang kumpulan.