Artikel

Pengeluaran Pasport Malaysia Versi Baharu – Kini Ditangguhkan

Pengenalan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) yang sepatutnya diperkenalkan mulai 1 Jun hadapan, kini dimaklumkan akan ditangguhkan ke satu tarikh yang lain – yang akan diumumkan kelak.

Keputusan ini menurut makluman Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) hari ini adalah bertujuan memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan lebih lancar dan tidak menjejaskan pengalaman orang awam.

Buat pengetahuan umum, pengenalan pasport baharu ini akan dilengkapi dengan 94 ciri keselamatan berbanding sebelum ini sekitar 49 ciri keselamatan. Antara ciri yang tersedia yang dimaklumkan sebelum ini adalah seperti hologram, cetakan ultraviolet (UV), ciri visual tersembunyi serta teknologi forensik yang sukar ditiru tanpa penggunaan mesin berteknologi tinggi.