Artikel

Genting Highlands Kenakan Caj Jalan Persendirian – Bermula 28 Mei Ini

Seperti yang pernah diuarkan pada tahun 2023, kelak pengguna jalan raya ke Genting Highlands bakal dikenakan caj tol jalan persendirian bermula 28 Mei 2026 ini. Langkah ini menandakan fasa baharu bagi pengurusan aliran trafik di kawasan pusat peranginan tanah tinggi popular berkenaan.

Pengendali kutipan caj tersebut Lingkaran Cekap Sdn Bhd (LCSB), memaklumkan bahawa pengenaan caj ini akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan semua pengguna jalan raya, kecuali kategori tertentu yang akan diberikan pengecualian khas antaranya pihak pengurusan.

Berdasarkan perincian yang dikeluarkan, sistem kutipan caj tol ini akan beroperasi sepenuhnya di dua pintu masuk utama, iaitu di laluan Genting Sempah dan juga Gohtong Jaya. Pengguna dinasihatkan untuk bersedia dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan mengikut kategori kenderaan masing-masing. Ini senarai caj yang terlibat:

  • Kelas 1 – Kereta dan Van RM5
  • Kelas 2 – Lori muatan sederhana RM15
  • Kelas 3 – Lori muatan berat RM25
  • Kelas 4 – Teksi RM3.30
  • Kelas 5 – Bas RM5