Setelah berdepan dengan isu permintaan, Berjaya Food Berhad dilihat terus dibebani dengan kesan konflik perdagangan semasa apabila mencatatkan kerugian buat suku ke-10 secara berturutan pada prestasi 3 bulan pertama 2026. Persekitaran ini menyebabkan kumpulan kini rugi RM14.32 juta.
Mengikut makluman kepada Bursa Malaysia, kedudukan kos operasi yang tinggi secara langsung memberi tekanan kepada prestasi kewangan kumpulan. Namun nilai kerugian ini direkodkan lebih kecil berbanding suku pertama 2025 yang mencatatkan kehilangan RM37.19 juta. Kemerosotan yang lebih terkawal ini diimbangi akan langkah pemulihan seperti kawalan kos dan penutupan cawangan yang tidak menguntungkan.
Biarpun berdepan masih berdepan kerugian, hasil kumpulan telah memaparkan peningkatan 4.9% kepada RM119.14 juta terutamnya didorong sumbangan operasi luar negara. Selain meningkatkan usaha promosi, tumpuan pada inisiatif digital turut akan dipertingkatkan bagi menambahbaik pengalaman pengguna atas talian dan operasi di premis fizikal.
Selain Starbucks, Berjaya Food turut mengendalikan sebilangan jenama lain seperti Kenny Rogers Roasters, Paris Baguette dan Krispy Kreme.