Semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, bermula hari ini boleh menyemak status permohonan lanjutan pengajian mereka ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Dengan notis itu, dimaklumkan seramai 169,803 lepasan SPM 2025 telah berjaya terpilih untuk tawaran memasuki IPTA.
Jumlah ini menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mewakili 72.11% daripada keseluruhan permohonan 235,480 bagi kemasukan ke universiti awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan MARA bahagian Pendidikan Tinggi.
Berdasarkan pecahan, seramai 91,357 pelajar ditawarkan mengikuti kos pendidikan di UA, Politeknik (60,947 pelajar), KK (15,844 pelajar) dan MARA BPT (1,655 pelajar). Tawaran laluan khas turut dilaksanakan buat kumpulan terpilih dengan Orang Kurang Upaya (701), Orang Asli (310), Atlet (179), B40 (10,499) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (65).
Menariknya tawaran kali ini turut memperlihatkan unusemua program pengajian dibuka untuk permohonan calon OKU berlandaskan kelayakan dan kesesuaian pelajar masing-masing.