Bagi pengguna hari ini, tawaran terbaik bukan lagi semata-mata produk dengan harga paling rendah. Sebaliknya, ia perlu mempunyai nilai, ketulenan, kualiti dan jaminan, terutama apabila pengguna semakin teliti memilih apa yang ingin dibeli, daripada siapa mereka membeli dan sama ada pembelian itu benar-benar berbaloi.
Sejajar dengan perubahan itu, Lazada Malaysia membawakan kembali Jualan Super WOW Lazada 6.6 menerusi kempen bertema Catch Your Best Deals. Jualan ini akan berlangsung dari bermula 5 Jun pada jam 8 malam sehingga 8 Jun 2026 pada jam 11.59 malam. Dengan memberi tumpuan mengiringi pengguna lalui pengalaman membeli dengan lebih bijak, menerusi LazMall, jenama tempatan yang semakin berkembang dan cadangan produk dibantu akses AI, ciri Lazzie.
Menariknya, kempen tahun ini turut menyokong inisiatif Kita Beli Barangan Malaysia (KBBM) oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), dengan mengetengahkan jenama tempatan dan perusahaan kecil dan sederhana, bersama jenama global. Ini merangkumi jenama seperti GINTELL, HABIB, TTRacing, Signature Market, SAMEL dan OxWhite. Dengan meletakkan jenama tempatan ini di platform yang sama dengan jenama global, Lazada membantu pengguna menemui lebih banyak pilihan yang diyakini, sambil membuka peluang pertumbuhan yang lebih luas kepada perniagaan Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif dan kempen Lazada Malaysia yang akan datang, sila layari Facebook, Instagram dan Tiktok.